Friday, July 11, 2014

Instep 2014 - ALHAMDULILLAH

Penantian berakhir dengan kejutan .

Pada Mulanya - aku dikejutkan dengan status "calon simpanan"
keputusan yang mematikan harapan untuk terus berharap dapat menjejakkan kaki ke instep .
Mencabar juga , aku terpaksa tarik balik surat perletakkan jawatan , dan asbab dari itu , tak ada kenaikkan gaji untuk review mid year tahun ini .. hehe =)juga x da duit raya untuk raya kali ni =) banyak juga tu . Mungkin hampir 1k . Tapi takpelah , redhokan saja, mungkin ada hikmahnya . =)

NAMUN ...  seminggu selepas itu ,
ALHAMDULILLAH . aku dapat .. "LULUS UJIAN KESIHATAN" .
dan INSYALLAH , aku akan mendaftar beberapa hari lagi ..
16 JULAI 2014 .

sampai jumpa kat sana ..

dan satu lagi .. INSYALLAH , jika diberi izin dan kesempatan , aku akan masukkan satu entry khas berkenaan dengan perjalan aku dan instep sejak 2010 ( pertama kali aku memohon ) DENGAN harapan , entry tu akan membantu sahabat2 lain yang akan atau bakal mendaftar atau memohon instep untuk intake intake yang akan datang ..

sekian =)
Assalamualaikum . 

Wednesday, June 11, 2014

Yang datang tidak seperti yang kita harapkan

Tatkala diuji, iman memainkan peranan penting. Respon terhadap ujian itulah yang mengambarkan prinsip dan keperibadian kita. Kita bukanlah yg terbaik. Itu pasti. Namun, kita boleh berbangga dengan dri sendiri andai kita mampu meletakkan niat sehela dgn nafas untuk cuba memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik. Salah satu ciri dari ciri-ciri org beriman adalah jauh dari sifat putus asa.

Sunday, June 8, 2014

Instep ( penantian yang sangat mendebarkan ) MEDICAL CHECK UP

3 JUN 2014 : KLINIK BERSATU, KULIM KEDAH
disini lah debaran bermula .
lebih mendebarkan dari menunggu keputusan temuduga . kenapa ya ??
Sejujurnya , aku x penah jangka akan lulus IQ TEST . =) tapi ALLAHAMDULILLAH lulus .
cumanya ... harapan aku untuk menjejakkan kaki ke instep mula berbunga kembali . Bila mula mengharap, maka debaran makin kuat terasa . Jadi aku kongsikan kat sini sedikit sebanyak pengalaman medical check up untuk melayakkan aku ke Instep =0

6 pagi 3 JUN, aku bertolak dari Alor Star ke kulim . Alhamdulillah jam 8 pagi aku sampai. Aku dengan mmbe , juga seorang candidate yang berjaya dalam temuduga.
sampai dikaunter, diminta serahkan surat tawaran bersyarat serta IC . Pada pengamatan aku , pagi tu ada lebih kurang sepuluh orang yang bersama2 buat medical check up , dan sebelah petangnya juga lebih kurang sama ja dalam sepuluh orang mcm tu la .

Kami diminta isi borang , di dalam borang tu ada mcm2 soalan . Kebanyakkanya mengenai penyakit apa yang kita ada , banyak sangat senarai penyakit sampai aku pun x faham apa sakit yang dimaksudkan . hehe
Mcm medical check up biasa , aku senaraikan apa yang aku diminta buat , dan apa yang diorang cek .

1.Timbang berat dan Tinggi (BMI)
2.Buang air untuk sampel urin
3.Periksa tekanan darah .
4.Aku diambil darah satu picagari dan kemudian sampel darah tu dipecahkan kepada 3 bekas .
5.Audiotari test .
6.X ray
7.Ujian Paru2 a.k.a Ujian Hembus .
kesemua ni korang boleh google klu nak tau lebih lanjut .

Seperti yang ditulis dalam tawaran bersyarat tersebut , aku terpaksa berpuasa dari jam 10.30 mlm . Tapi makan jala, minum dibolehkan .
Aku ni jenis yang suka nak tau , banyak sangat benda yang aku nak tau dari doktor , sampailah doktor tu sound, "U JGN TANYA BANYAK , U TAK FAHAM PUN KERJA DOKTER" huhuh .
mmg nasib aku kena doktor yang mcm tu , sebelum ni aku banyak tanya doktor jawab ja .
Aku sempat tanya pasai bmi , sebab aku ni jenis SLIM . hehe . kerisauan juga aku ttg bmi aku .
tapi doktor tu selambe ja jawab : "sorry i tak boleh bgtau u" sekali lagi aku kena .. adeiii

dipendekkan cerita , sepanjang aku kat sana , disebabkan masa menunggu tu terlalu lama , aku banyak berborak dengan candidate lain , kebanyakkannya dari POLITEKNIK . (Mungkin instep suka budak POLI kot ) . Dan aku suka untuk kongsikan satu kes .

KESNYA BEGINI =)
setelah berjaya dalam temuduga , korang diminta untuk membuat medical check up di klinik2 yang dipilih , dan mengikut kajian aku sewaktu berkenalan dengan candidate2 lain , Hampir semua yang dipilih untuk buat medical check up di kulim adalah dari LANGKAWI, PERLIS , dan KEDAH . manakala yang asalnya dari PULAU PINANG dan keatas , tempat medical check up yang ditetapkan adalah di IPOH . Tapi ada seorang kenalan yang aku x ingat nama dia , memohon untuk menukar klinik dari IPOH ke Klinik di KULIM. JADI... untuk sesiapa yang tinggal di  BUKIT MERTAJAM, di PRAI , x perlu la ke IPOH , boleh cuba kol dan berunding dengan Pihak Instep ATAU pihak KLINIK untuk menukar klinik yang lebih dekat dengan tempat tinggal kita ..Jadi x perlu la jauh2.

ITU JA KESNYA .. HAHA =)
penting untuk korang berhubung dan berunding . bila tau ja lulus temuduga , sebolehnya cepat2 hubungi pihak yang berkaitan , mungkin sedikit sebanyak ia mampu memudahkan lagi urusan kita =)

note : aku belum tau result medical check up aku.mohon doa kalian ye .
8 JUN 2014
=)

Thursday, May 29, 2014

Instep Julai 2014

Sharing is caring =)

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah , diberi izin dan kelapangan untuk update lagi kat sini
mudah2an menjadi asbab kepada kebaikkan .

5 mei 2014
- aku dapat pesanan ringkas dr instep . " INSTEP.Tahniah!Anda tersenarai layak ditemuduga untuk PTP1 JUL'14 sesi ke-2.Sila RUJUK TARIKH TEMUDUGA&CETAK SURAT jemputan di www.instep-online.my. Pakaian FORMAL.Bawa dokumen diperlukan&simpan sms ini sebagai bukti. p10214#2 "
-buka portal instep , capture skrin hp dan org first yang tau berita ni adalah my ma =)

Alhamdulillah , time tu bersyukur sangat , setelah 3 kali apply . aku dipanggil juga untuk intebiu . p10214#2

stand for apa aku x tau , cuma yang pasti aku dipanggil temuduga untuk sesi kedua . Memang ALLAH tulis semua ni, walaupun aku adalah pilihan kedua (group kedua terlipih ) . Pada aku itu adalah suatu kejayaan besar kerana sebelum tu aku hampir putus asa dah . Kekuatan tu tumbuh kembali dengan izin ALLAH melalui lisan mak abah dan sedara mara yang kuat menyuntik semangat .

" jgn pernah putus ada dengan rahmat ALLAH " Sekalipun kita pernah gagal, jatuh .. hakikat kehidupan ini sebenarnya bergantung 100% skrip yang direncanakan oleh ALLAH swt . Cuma bezanya jalan yang kita pilih . Sekalipun kita telah memenangi anugerah penulis skrip terbaik "abpbh" haha , akurlah , rencana dan skrip terbaik adalah dari ALLAH . Andai sesuatu usaha itu digerakkan dengan niat kerana ALLAH , pasti ada kekuatan disitu ,sekalipun usaha dan ikhtiar kita itu gagal dan tak membuahkan hasil , akan ada dorongan dorongan lain , usaha lain , target dan matlamat  lain yang akan datang selepasnya .Insyallah jika niat kerana ALLAH , kita akan jauh dari rasa putus asa . YANG PALING PENTING "NIAT" sbb mak selalu cakap . Kita tahukah apa yang terbaik yang ALLAH rencanakan selagi mana kita tak mencuba ??

11 mei 2014
-hari temuduga
-dinyatakan keperluan2 yang perlu dibawa di dalam surat jemputan tawaran 

Pagi itu aku melangkah dengan yakin , ALLAH sedang merencanakan sesuatu yang terbaik untuk aku , klu aku berjaya , Alhandulillah , jika tidak ALHAMDULILLAH , kerana yang terbaik itu apa2 yang kita tak ketahui yang terbaik untuk kita , Sampailah ALLAH sendiri yang suarakan kehendaknya . Apapun , temuduga bersama sebuah syarikat multinasional seperti petronas adalah sesuatu pengalaman yang boleh kita banggakan kerana x semua orang terpilih .
Aku berpakaian kemeja lengan panjang (kemeja yang aku selalu pakai kat mana-mana intebiu yang aku selalu attend) dan tie hadiah dari my kezen . Bersemangat pagi tu . TIPS ?? jadi diri sendiri . Serah bulat2 pada ALLAH setelah kita dah usaha yang terbaik sebelum melangkah ke sana . 

Persediaan sebelum intebiu .
1.aku cedok dalam tenet ja . bagai2 persediaan nak kena buat . Nak kena refresh balik segala bagai pengalaman2 dari aku sekolah sampe ipt . fuhh letih , sampe terpaksa aku ambik cuti sehari sebagai persediaan . Ngeee , yang bestnya apa yang aku prepare x ditanya pun .. 
CUMA ... 
PASTIKAN DALAM KEPALA DAH HAFAL SKRIP YANG KITA NAK GUNA WAKTU KITA INTRODUCE OURSELF . kalau boleh bagi panjang , dan rangkumkan sekali dengan background petronas, pengalaman kita , minat kita terhadap bidang yang kita nak apply, kenapa kita minat , mungkin pengalaman kita yang buat kita bersungguh2 pada bidang yang kita pilih kat instep . ITU trick sebenarnya . bila kita boleh rangkumkan sekali soalan2 yang mungkin diorang plan nak tnya , kita dah terselamat sebab kita dah bgtau apa yg mungkin diorang nak tnya . Otak penumuduga akan mentafsir yang kita dah tau , padahal sikit ja kita tahu .. heheh =) 

Kita dinilai dari dua sudut 
1.IQ test - 100 soalan 45 minit
2.Temeduga - sekitar 15 minit menurut pengalaman aku . 

IQ Test . 
Masa berlalu sangat pantas , sampai aku sendiri tak tahu apa aku jawab . hehe . tapi quite tough . NASIHAT AKU . klu IQ Test INSTEP ni , kena buat persediaan sikit . kena study sikit2 basic math dan fizik , statistik , prinsip benoli (ejaan aku salah ) buret, pipet . Alat2 measurement lab . Ada juga soalan tentang kenal pasti bentuk , dan grammar . 
SATU ja aku nak pesan , kita mungkin x boleh jawab 100% betul , tapi jangan sia2kan soalan yang mudah yang tricky . JADI .. SKILL YANG AKU APPLY , WAKTU TENGAH JAWAB IQ TEST , DUDUK BG PROPER , YANG BERGERAK HANYA MATA DAN TANGAN . BERI 100 PERCENT FOKUS PADA TEST YANG KITA SEDANG JAWAB , X SEMPAT PUN NAK TOLEH KIRI KANAN , YANG PENTING FOKUS .. 'ini skill yang aku dapat dari buku ilmiah' INSYALLAH ALLAH sentiasa beri yang TERBAIK .

Temuduga ..
Dalam apa pun situasi temuduga , aku selalu guna skill "jadi diri sendiri" belasah ja . Macam aku cakap tadi , aku study juga ttg persediaan yang perlu yang aku cedok dari tenet. AKU hanya tekankan persediaan text hafalan waktu aku introduce diri . hehe tu ja . ALLAH SENTIASA BERI YANG TERBAIK

Hari tersebut aku rasa ada lebih kurang 45 ke 50 candidate ,
aku sempat ikut susunan kerusi , jadi sekitar itu ja rasanya x lebih . =)
kami dipecahkan kepada dua kumpulan , satu kumpulan ditemuduga dulu , dan satu kumpulan jawab IQ test. Pihak pengelola sendiri cadangkan , sapa2 yang nak balik cepat sbb rumah jauh , temuduga dulu baru IQ TEST . disebabkan aku orang dekat ja dari tempat temuduga , aku bagi laluan dekat orang lain .. aku diantara orang yang terawal selesai sesi temuduga dan iq test . sekitar kui 11 pagi aku dah balik umah . =)
keluar bilik temuduga dengan senyuman sebab sesi temuduga agak santai . JUST BE YOURSELF

hampir 2 minggu mungkin debor menanti keputusan keluar . X senang duduk juga dibuatnya. dan ALHAMDULILLAH . aku berjaya =)

cuma sekarang menanti MEDICAL CHECK UP .

NASIHAT AKU SEKALI LAGI , PADA CANDIDATE YANG BERJAYA, LEPAS JA TAU RESULT , TRUS KOL KLINIK YANG DIORANG PILIH UNTUK KITA BUAT PEMERIKASAAN , sebab kes aku , bila aku tau ja aku berjaya , terus aku kol klinik . dan yang x disangka2 berlaku . DOKTOR panel yang layak menilai tu berenti dari klinik tu . jadi aku cepat2 kol instep dan maklumkan . Sekarang tunggu pengesahan , mungkin diorang terpaksa rombak klinik lain untuk pemeriksaan .
JANGAN BERTANGGUH YEA .

Mungkin entry ni dah sampe penghujung , aku tinggalkan persoalan kat sini .
ADAKAH AKU LULUS MEDICAL CHECK UP . ??
aku mohon doa sahabat2 sekalian .

klu berjaya ..... INSTEP .. MU TUNGGU AKU DATANG . INSYALLAH  =)
INGAT . ALLAH SENTIASA MEMBERI YANG TERBAIK . YANG TERBAIK KITA RASAKAN MUNGKIN TIDAK PADA SUDUT PANDANG PENGETAHUAN ALLAH YANG MAHA TAHU , jadi , kalau berjaya menjejakkan kaki ke instep , bersyukurlah dengan limpah rahmat kurniaan ALLAH itu , dan kalau tidak berjaya . PASTI yang lebih baik menanti diluar sana ..
JAGA DIRI . JAGA IMAN , JAGA HATI , sebab kita tak tahu , bila kita nak MATI =)


Wednesday, May 28, 2014

Indahnya hidup ini

Meniti jambatan harapan :-). Ia sesuatu yg indah . Bilamana kita mengharapkan sesuatu pastinya ia adalah impian, sesuatu yang kita idamkan. Pepatah ada mengatakan ' harapkan pagar , pagar makan padi ' sesuatu atau seseorang yg kita sandarkan harapan padanya. Kehidupan ini bukan semudah yang kita sangka dan tidaklah serumit yg kita jangka . Asasnya, bagaimana kita menilai akan kehidupan ini . Jika matematik, fizik, kimia dan biologi dimaknakan dri suatu rumusan . Nahh , apa lagi kehidupan . Pastinya disana ada rujukan dan panduan yg tsendiri . Bgaimana kita melihat kehidupan , disitu awal mulanya seseorang itu melangkah kedepan .

Tuesday, May 27, 2014

Mungkin ini masanya .

Sudah masanya aku kembali kelapangan ini . 

Bertahun-tahun aku singgah , namun destinasi masih tak kunjung tiba . Ya ALLAH aku harap perjalanan ini deberkati dan diberi jalan olehMU Ya ALLAH . "Engkau Ya ALLAH , lebih mengetahui " 27/5/2014 . aku menulis kembali .